Make your own free website on Tripod.com

Segalanya Barat Semuanya Hebat

RED DEVIL @ BLACK METAL !!!

 

Oleh GABARIAU

Lok7@hotmail.com

 

Budaya orang putih seringkali dijadikan sebagai ikutan dan role model kepada orang melayu . Orang melayu nampaknya begitu terpesona dengan gaya hidup simata biru ini . Ada dikalangan kita begitu taksub dengan tingkah laku golongan mata biru ini sehinggakan ada yang sanggup memakai kanta lekap berwarna biru , mewarnakan rambut dan berpakaian ala Britney Spears menampakkan pusat supaya kelihatan seperti lebih dari orang putih .

 

Anak – anak gadis melayu pula tanpa segan silu menyatakan bahawa impian utama hidup mereka adalah untuk bersuamikan orang putih kononnya orang putih lebih romantik dan ‘undestanding’ serta bersifat ‘gentlement’.

 

Persoalanya ialah apakah melayu itu sudah hilang harga diri , jati diri dan identiti kaumnya sendiri sehinggakan terpaksa mencari-cari identiti yang baru dan seterusnya menolak nilai kehidupan dan moral  melayu itu sendiri .

 

Melayu hari ini lebih cenderung dan hebat didalam meniru dan mengamal budaya asing . Gejala seperti Black Metal, Punk dan terkini kegilaan penyokong  The RED DEVIL ’ (Manchester United) mendapat sambutan yang sungguh menakjubkan di Malaysia .

 

Pada beberapa minggu yang lepas saya mendapati penyokong pasukan bolasepak asing yg hebat dengan gelaran “ RED DEVIL” ( Setan Merah) oleh media tempatan nampaknya lebih hebat dan ramai daripada jumlah penyokong pasukan Malaysia itu sendiri dan yang menghairankan ialah pertandingan itu diadakan di Malaysia .  Anak-anak muda Malaysia terutamanya orang-orang Melayu yang lupa diri berpakaian serba lengkap warna Merah dengan ghairahnya menyokong pasukan penjajah ini.

 

Agak sedih dan pilu apabila difikirkan bahawa anak-anak melayu yang mungkin  bernama Bukhari(Bob) , Johari(Joe) , Sameon(Sam) dan Bakar(Burn) ini yang ketika kecil dibuai dengan berlapikkan kain batik dan tikar mengkuang nampaknya sudah lupa siapa mereka itu sendiri . Agaknya David Beckham sendiri terkejut dan kagum dengan semangat nasional yang ada pada orang melayu . Mungkin di hati kecil David Beckham berkata “Orang Melayu memang bangsat dan tiada harga diri walaupun pernah dijajah oleh bangsanya iaitu orang putih mereka tetap menyanjung dan melebihkan bangsa orang putih daripada orang tempatan itu sendiri”.

 

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Datuk Seri DR Mahathir diatas usaha yang begitu hebat didalam memerangi budaya Black Metal yang songsang di kalangan belia-belia di Malaysia . Sepatutnya tugas ini di jalankan oleh Datuk Hishamudin tetapi malangnya Hishamudin nampaknya agak sibuk dan leka dengan perkara lain yang lebih penting seperti melawat kawasan dan sebagainya.

 

Datuk Hishamudin selaku Menteri Belia dan Sukan harus mengambil tindakan terhadap persatuan penyokong Manchester United di Malaysia kerana lambang menyerupai syaitan yang berwarna merah(Red Devil) kerap digunakan didalam aktiviti anjuran oleh ahli mereka . Kita tidak mahu masyarakat menganggap bahawa apakah dengan berpesatuan seperti Manchester United budaya mengagungkan syaitan boleh dijalankan di Malaysia . Saya tidak menyatakan bahawa persatuan ini memuja syaitan tetapi nampaknya gelaran pasukan Syaitan Merah (RED DEVIL) yang dikaitkan dengan Manchester United agak membimbangkan saya .

 

Ia lebih membimbangkan apabila ia mendapat publisiti meluas daripada media tempatan terutamanya TV3 dan NTV7 dimana kerap kali dan gemar menyebut tentang kehebatan pasukan “ The Red Devil ”dan bukannya kehebatan nama Manchester United itu sendiri. Tidakkah ini merupakan satu lagi cara yang lain bagi menerapkan nilai pemujaan syaitan secara halus tanpa disedari . Kini pesatuan penyokong RED DEVIL kini pula maju setapak lagi apabila berjaya membuka  sebuah pub diberi nama  “ Red Cafe” di Malaysia iaitu terletak di Jalan Pinang  . Pub ini diusahakan bagi membolehkan ahli-ahli persatuan penyokong bola sepak Manchester United mempunyai tempat untuk lepak dan bersenda gurauan. Saya amatlah berharap agar YB Datuk Hishamudin janganlah berdiam diri serta leka lagi lakukanlah sesuatu yang positif didalam menangkis gejala negatif ini. Saya merasakan bahawa Hishamudin terlalu berhati – hati di dalam mengambil sesuatu tindakan , ini mungkin kerana beliau ingin menjaga nama baiknya yang terkenal sebagai seorang ahli politik yang tiada musuh.

 

Seperti mana budaya Black Metal dan Red Devil , punk  pula  merupakan satu lagi bentuk budaya ganas dan hidup songsang yang berasal daripada barat . Golongan belia ini amatlah senang untuk dikenali kerana rambut mereka ala mohigan seperti rambut David Beckham. Mereka ini merupakan anak-anak muda barat yang anti establishment yang telah tertinggal didalam ekonomi dan hidup dalam serba kedaifan . Sumber ekonomi mereka adalah meminta sedekah , mencuri ,memeras ugut dan merompak. Golongan  ini hidup merempat di lorong – lorong gelap dan ditangga – tangga bangunan usang contohnya di Soho England . Cara hidup mereka ini amatlah menjijikkan , kukunya kotor dan panjang dan dipenuhi dengan daki berwarna hitam kehijauan .Mereka jarang mandi menyebabkan bau badan mereka ini amatlah busuk , masam dan hanyir sehinggakan sejauh 20 meter bau-nya yang tengik itu masih dirasai .

 

Apa yang menghairankan  ialah  budaya yang ganas serta menjijikkan dan mendapat cemuhan oleh orang putih itu sendiri kini menjadi trend terkini di Malaysia sehinggakan ia menjadi ikutan dan kebanggaan anak muda melayu di tanah air kita terutamanya di Pantai Timur (Kelantan). Anak-anak muda Kelantan menjadikan Pasar Budaya sebagai pusat aktiviti songsang mereka. Di Pasar Budaya gejala penagihan dadah , menyamun , memeras ugut , merompak dan pergaduhan sering berlaku . Sehinggakan di Surau Pasar Budaya pun tidak selamat kerana kegiatan mencuri wang pun boleh berlaku ketika kita sedang khusyuk bersembahyang.

 

Walaubagaimanapun kita  tidaklah  boleh menyalahkan golongan muda-mudi kini secara total ini adalah kerana perangai mengikut budaya orang putih ini telah mula menular sejak zaman atuk dan ayah kita dahulu lagi , melayu ketika itu melebihkan gaya hidup orang putih contohnya apa yang dibawa oleh kisah JEFRI ZAIN ‘spy’ melayu (  James Bond Melayu ) dan Pop Yeh Yeh  pada tahun 60 an dahulu . Apabila mengimbas kembali melalui gambar dan filem lama kelihatan melayu ketika itu lebih hanyut dari melayu hari ini . Tetapi ketika itu publisiti media tidak sehebat sekarang  .

 

Mungkin kerana dijajah selama 450 tahun menyebabkan melayu masih lagi gagal mengikis pengaruh budaya penjajah dan merasakan orang putih lebih hebat dari semua segi . Apakah ungkapan pahlawan lagenda melayu “Tidak Akan Melayu Hilang Di Dunia”  merupakan satu senda-gurauan atau satu cabaran ? Sama-samalah kita sesama melayu fikirkan dengan pemikiran yang rasional sebelum semuanya terlambat!