Make your own free website on Tripod.com
suaramerdeka

 


HEADLINES

19th Feb 2001

Gov’t to set up inquiry to probe Seremban shooting case

Murder suspect’s bail extended again

Mahfuz: Rundingan akan gagal kerana Umno

Kenyataan Kayveas ‘kebudak-budakan’: IPF

Court erred in striking out Anwar’s suit against PM: Karpal

Former AG, now Federal judge, urged to clear name

Siswa berjuang lonjakkan idealisme masa depan

Dictatorships share common feature of repression: Nobel laureate

Future shock for past mind-sets


18th Feb 2001

‘Malay Unity’ talks postponed: PAS

Perbincangan PAS-Umno esok ditangguh, 60 penyokong BA ditahan


17th Feb 2001

7 penyokong reformasi ditahan, termasuk Tian Chua

Tian Chua arrested for illegal demonstration

3,000 march to Dataran Merdeka from police station

Reformasi demo outside Dang Wangi police station

Eye-witness to a shooting in Seremban

World-class airport, Third World service

The truth is out there


16th Feb 2001

Malaysiakini concerned over RTM’s ‘baseless attacks’

Pertemuan rahsia jawatankuasa Umno-PAS 2 jam





 

 

NEWS

WED 21 Feb

Mahfuz: Rundingan akan gagal kerana Umno

7:09pm, Mon: Pertemuan yang sedang diaturkan oleh jawatankuasa teknikal Umno-PAS akan gagal jika Umno tidak bersedia mengembalikan ‘status quo’ seperti tuntutan PAS.

“(Jika) gagal rundingan, ini kerana Umno yang tidak mahu mengembalikan status quo rakyat,” kata Ketua Pemuda PAS Mahfuz Omar, mengulas keputusan parti itu semalam untuk menangguhkan perbincangan peringkat tertinggi dua parti itu.

Presiden PAS Datuk Fadzil Noor semalam berkata Umno harus mengembalikan bayaran royalti minyak kepada Terengganu dan membenarkan tabloid parti itu Harakah diterbitkan dua kali seminggu seperti sebelum dikurangkan kepada dua kali sebulan Mac tahun lalu.

PAS turut menggesa agar cadangan Umno untuk menggugurkan nama Islam pada parti itu ditolak sebelum pertemuan antara Fadzil dengan Presiden Umno Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menjadi kenyataan.

“Ini adalah hak rakyat dan bukan hak yang diminta bagi pihak PAS,” kata Mahfuz lagi.

Beliau menyifatkan keputusan jawatankuasa pusat PAS menangguhkan pertemuan itu sebagai “langkah yang bijak.”

Empat isu

Dalam laporan akhbar hari ini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyifatkan sikap PAS itu tidak ikhlas apabila meletakkan “syarat-syarat yang tidak munasabah” sedangkan Umno telah banyak bertolak-ansur dengan syarat-syarat parti Islam itu, termasuk memperluaskan skop perbincangan kepada perpaduan nasional.

“Umno perlu melihat bagaimana PAS ingin kerajaan negara ini menjalankan pemerintahannya. (Mereka sepatutnya) bukan terdiri daripada kumpulan samseng atau perompak,” kata Mahfuz, menjawab tuduhan Najib itu.

Ketua jawatankuasa teknikal PAS, Nasharudin Mat Isa pula berkata sekiranya suasana yang baik ini diwujudkan, parti itu akan meneruskan perbincangan dengan Umno dan akan membawa empat isu seperti yang diumumkan Khamis lalu.

Empat isu itu ialah: kepincangan sistem kehakiman negara, khususnya berhubung perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hubungan antara kerajaan Pusat dengan Kelantan dan Terengganu yang dikuasai PAS (termasuk royalti minyak), penyalahgunaan dana awam untuk menyelamatkan syarikat tertentu dan saranan Umno untuk menggugurkan nama Islam pada parti itu.

"Pertemuan seterusnya adalah bergantung di pihak Umno," kata Nasharudin, apabila ditanya terhadap rancangan masa depan jawatankuasa teknikal dua parti itu.

BA dimaklum

Beliau juga memaklumkan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Khalil Yaakob telah dihubungi selepas sidang akhbar di Taman Melewar petang semalam dan surat rasmi akan diserahkan kepada Umno bagi membuat penjelasan berhubung penangguhan itu.

Dalam rancangan televisyen semalam, Khalil dilaporkan berkata Umno bersedia menunggu tarikh baru yang akan ditetapkan PAS.

Merujuk mesyuarat jawatankuasa pusat bersama jawatankuasa teknikal parti itu, Mahfuz menjelaskan PAS tidak berhasrat membatalkan pertemuan dengan Umno tetapi menegaskan syarat-syarat parti Islam itu harus dipenuhi terlebih dahulu.

Apabila ditanya reaksi ahli-ahli di peringkat akar umbi tentang penangguhan itu, beliau mengulas "ahli-ahli PAS sentiasa komited dengan keputusan pemimpin tetapi berharap supaya ia (hak-hak rakyat) dipertegaskan."

"Rakan-rakan BA (Barisan Alternatif) juga sedia maklum terhadap pendirian PAS berhubung pertemuan ini," ujar Mahfuz bahawa pakatan BA itu sentiasa dimaklumkan terhadap keputusan dan langkah yang dibuat oleh PAS dari semasa ke semasa.


Perbincangan PAS-Umno esok ditangguh, 60 penyokong BA ditahan
PAS kemukakan empat isu, termasuk Anwar