Make your own free website on Tripod.com

Soalan: Assalamu'alaikum Mat UMNO,

Sebagaimana yang dijanjikan, saya kembali dengan isu 'Mujahidin & Jihad'

Nampaknya UMNO, MCA, BN, dan konco-konco media berat sebelahnya sedang heboh dengan isu KMM - Kumpulan Mujahidin Malaysia (yang belum dipastikan samada benar-benar ujud atau hanya khayalan dalam igauan BN sahaja).

Menyalahgunakan isu jihad dan mujahidin ini adalah satu lagi kesilapan UMNO dan BN dalam strategi politik mereka. Memang amat bebal dan dungu langkah ini. Sedungu isu meritokrasi cetusan MT UMNO (=Mahathir) pada ketika orang
Melayu semakin meluat akan UMNO! Kenapalah UMNO menjadi sebegitu terdesak untuk meneruskan survival politik BN sehingga sanggup, samada secara sedar atau tidak, mensyaitankan ('demonize') perkataan JIHAD dan MUJAHIDIN?

Semua maklum, kerja menSYAITANkan perkataan JIHAD dan MUJAHIDIN sudah lama dibuat oleh negara barat dan media-media mereka. Bila ada ruang, mereka tidak akan melepaskan peluang menjatuhkan nama Islam dengan memberikan gambaran buruk kepada makna perkataan JIHAD. Majalah seperti Newsweek dan Time dan media seperti CNN sering memainkan isu JIHAD ini untuk memburukkan imej Islam, tanpa benar-benar memahami apa itu JIHAD.

Nampaknya UMNO dan BN merupakan anak murid barat yang sempurna. Sekurang-kurangnya dalam penyalahgunaan perkataan JIHAD dan MUJAHIDIN untuk menjatuhkan mana-mana pihak yang dimusuhi mereka. Tahniah UMNO dan BN. Tahniah kerana berjaya menimbulkan rasa curiga orang Cina kepada perkataan JIHAD dan mungkin perkataan
Islam.

Saya suka membentangkan analisa politik kedai kopi dan kantin ofis. Begini analisinya:

Isu JIHAD dan MUJAHIDIN ini sengaja dibesar-besarkan oleh BN untuk memberikan gambaran kononnya PAS sebuah pertubuhan ganas. Dan sasaran utama ialah terhadap orang Cina dan bukan Islam yang lain dalam usaha mendapatkan undi mereka di tahun 2004 nanti(Mungkin pihak inteligent BN sudah tahu tanpa sokongan Cina, tahun 2004 menjanjikan padah lebih teruk berbanding 1999?). Dan dengan harapan, atau khayalan, orang Melayu juga akan termakan dengan dakyah ini.

Namun, percayalah orang Melayu sudah lama faham karenah media pro BN ini. Kami (65% congaknya) sudah lama memekakkan telinga dengan apa jua berita yang cuba memburukkan PAS dan BA. Sudah terbina 'defense mechanism' dalam minda kami bila membaca atau mendengar berita tajaan BN. Pekiklah sekuat mana pun akan keburukan PAS, kami tidak akan percaya kerana media anda telah 'overkill' dalam cubaan memburukkan PAs dan BA. Terlalu 'overkill' hingga nampak terang unsur tipunya.

Malahan isu JIHAD ini juga nampak jelas ianya isu yang 'overkilling' juga. Bayangkan dengan bersungguh-sungguh, gunakan seluruh daya imaginasi anda. Bayangkan. Sebuah pertubuhan yang hanya mempunyai 50 anggota (itupun jika benar-benar
ada) di seluruh negara cuba ditonjolkan sebagai mengancam keselamatan negara.

Kata Pak Lah ancaman KMM ini berada di tahap amat serius! What? Hapa?!#$?! 50 orang boleh memberikan ancamana serius? Begitu lemahkah pasukan polis dan tentera kita sehinggakan 50 orang berjaya memberikan ancaman serius kepada keselamatan negara? Jika betul begitu, PakLah selaku menteri polis dan Najib sebagai menteri tentera perlulah mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan dengan kadar segera! Jika tidak tarik balik kenyataan dangkal itu.

Saya tidak perlu menjadi saintis nuklear untuk nampak isu ini sengaja dibesar-besarkan. Lagi sekali 'overkill' Apa yang 50 orang boleh buat? Mahu serang balai polis pun belum tentu berjaya melepasi pintu pagarnya. Habis, Pak Lah buang tebiat,
melalut, atau apa bila membuat kenyataan akhbar ancaman KMM ini berada pada tahap serius? Saya merasa malu hari itu mempunyai seorang TPM yang sebegitu dungu tahap pemikirannya demi survival politiknya (yang mungkin akan dipancung
oleh bosnya tidak lama lagi...tungguu.....). Jika saya berada di luar negeri dan diajukan soalan, nescaya saya tidak mengaku rakyat Malaysia kerana malu dengan tebiat TPM saya. Tidak berbaloi nampaknya duit cukai saya diguna untuk gaji Pak Lah.

Kesimpulannya, ini juga satu lagi 'overkilling' oleh pihak UMNO dan BN dalam usaha menjauhkan orang Cina dan India dari PAS. Namun, sebagaimana sebelumnya, 'overkilling' akan menyebabkan rakyat menolak isu itu mentah-mentah.

Satu lagi ciri-ciri 'overkilling' dalam isu ini ialah bila media cuba men'syaitan'kan juga Nik Adli Nik Aziz yang diketahui oleh orang yang mengenalinya sebagai seorang yang lemah-lembut, baik, warak, dan pendiam. 180 darjah berbeza
dengan watak yang cuba di'syaitan'kan oleh media milik BN itu.

(Rujuk: http://202.157.186.6/Ogos/L10ogos2001_2.shtml )

Ingat apa jadi bila Mahathir cuba 'overkill' salah-laku seks Datuk Seri Anwar? Akibatnya Anwar semakin disanjung. Mahathir yang terhoyong-hoyong imejnya samada dalam negara mahupun di luar.

Akhir kata, perbuatan UMNO dan BN mensyaitankan perkataan JIHAD dan MUJAHIDIN merupakan langkah dan strategi silap jika dilihat dari sudut politik mahupun agama. Dari sudut politik, 'overkilling' oleh kenyataan dungu menyebabkan rakyat Melayu khususnya akan lebih menjauhkan diri dari UMNO.

Manakala dari sudut agama, menSYAITANkan perkataan JIHAD dan MUJAHIDIN merupakan satu pengisytiharan perang terhadap Allah. Semoga Dia mengampunkannya. Ingatlah wahai UMNO. Bila media anda memberikan gambaran ganas dan negatif kepada perkataan JIHAD dan MUJAHIDIN, yang jatuh bukan PAS. Tetapi imej Islam itu sendiri. Orang Cina yang sebelum ini tidak begitu faham apa itu JIHAD dan tidak merasa apa-apa bila disebut perkataan itu mungkin sekarang sudah merasa takut dan seram bila terdengar JIHAD. Walhal, dalam Islam perkataan JIHAD adalah perkataan yang positif, bukan negatif.

Nescaya Allah akan menurunkan bala bencana lebih besar keatas UMNO (yang anda cuba 'reform'kan) kerana kesilapan besar men'syaitan'kan perkataan JIHAD dan MUJAHIDIN.

Fikir-fikirkan!!

Wassalam.
Mat PAS- ex-Mat UMNO.