Make your own free website on Tripod.com

Jangkaan Perdana Menteri mengenai merbahayanya gerakan militan di Malaysia ada lah sangat tepat - Azimi Daim. 

Azimi Daim mengatakan bahawa isu mengenai gerakan militan yang telah dibangkitkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir sejak beberapa bulan yang lalu adalah benar . Tetapi ketika itu sebahagian besar pemimpin pembangkang mengaitkan perkara ini sebagai sebuah sandiwara mainan politik UMNO .

Pas mengatakan bahawa ini adalah sandiwara yang di cipta khas oleh Perdana Menteri untuk mengaitkannya dengan Parti Pas . Kini semua pemimpin Pas terutama nya Fadhil Noor "kelu membisu seribu bahasa" apabila gerakan militan ini sebenar nya  wujud , merbahaya dan bersifat global . 

Hak Islam wajib di pertahankan kata Azimi Daim tetapi bukan dengan melakukan serangan keatas mereka yang tidak berdosa . Jika kita membalas akibat dendam bermakna kita juga  sama sahaja seperti mereka .

Menurut Azimi Daim lagi terdapat banyak pertubuhan - pertubuhan Islam Antarabangsa di dunia ini yang boleh dimanafaatkan oleh orang - orang Islam  .  Apa yang perlu di lakukan oleh orang Islam hanyalah bersatu  dan jika umat Islam mampu melakukannya  Islam akan nampak kekuatannya .

Sebilangan besar umat Islam mahu Islam menjadi contoh tetapi sebahagian besar pula asyik suka mencari kesilapan umat Islam yang lain . Inilah yang berlaku kepada kita hari ini masing - masing ingin menunjukkan mereka lebih Islam daripada orang lain dan yang menjadi hakimnya adalah orang bukan Islam .

Sabda Rasullullah s.a.w,:

   " janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain , jangan mengintip -intip rahsia mereka , janganlah memutuskan perhubungan , jangan bermusuh-musuhan dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara,"

Dan Ketahuilah bahawa  tidak sempurna iman seseorang mukmin itu jika dia tidak mencintai saudara se-Islamnya seperti mana mencintai dirinya sendiri.

Abu Umamah meriwayatkan sebuah hadis ,katanya : Pada suatu ketika Rasullullah datang ke tempat kami , ketika itu kami sedang berbantah-bantahan , maka baginda pun murka lalu bersabda ,:

  " Tinggalkanlah pertengakaran dan berbantah-bantahan ,sebab amat sedikit sekali kebaikannya . Hindarkanlah pertengkaran dan berbantah-bantahan ,sebab tidak seberapa manfaatnya , malah ia akan menarik kepada pemusuhan dan perselisihan antara sesama saudara,"

Jelas di sini bahawa kunci kepada kekuatan Islam adalah penyatuan hati para  umat Islam . Islam merupakan agama yang suci dan cintakan kedamaian ,  maka janganlah kita sebagai orang Islam pula  yang merobek dan memusnahkan kedamaian itu .